Skip to main content

Posts

Featured

Umur

Tidak lama dahulu saya diajak kawan baik saya sewaktu sekolah untuk makan pagi bersama. Kami pergi ke restoran POKOK yang terletak dalam kawasan Universiti swasta MAHSA di Petaling Jaya. Restoran tersebut adalah antara tempat yang saya sudah letakkan dalam to visit when back in Malaysia list kerana ambiance dan menu mereka yang menarik. Sungguh bila dah pergi tidak mengecewakan kerana sangat cantik dan menu sedap sedap belaka. Cumanya ruangnya kecil dan tidaklah besar. A petite restaurant. Berbalik kepada kawan baik saya. Mereka adalah Dandan @ Razdan dan Sein @ Hussein. Mereka ni kawan sepak terajang dan makan serta tuisyen saya terutama sekali Dandan. Gaduh dan baik. Itulah kami. Tanpa menyimpan perasaan pada satu sama lain. Bila saya kenang semula semua itu berlaku kurang lebih 15 ke 20 tahun lepas.  Tempoh umur kita bertambah saban tahun. Pengalaman demi pengalaman kita akan tempuhi. Jalan kita pilih untuk hidup juga berbeza. Ada yang jalan hidupnya mudah sahaja. Dari lahir dib...

Latest Posts

Mula Cerita