Umur




Tidak lama dahulu saya diajak kawan baik saya sewaktu sekolah untuk makan pagi bersama. Kami pergi ke restoran POKOK yang terletak dalam kawasan Universiti swasta MAHSA di Petaling Jaya. Restoran tersebut adalah antara tempat yang saya sudah letakkan dalam to visit when back in Malaysia list kerana ambiance dan menu mereka yang menarik. Sungguh bila dah pergi tidak mengecewakan kerana sangat cantik dan menu sedap sedap belaka. Cumanya ruangnya kecil dan tidaklah besar. A petite restaurant. Berbalik kepada kawan baik saya. Mereka adalah Dandan @ Razdan dan Sein @ Hussein. Mereka ni kawan sepak terajang dan makan serta tuisyen saya terutama sekali Dandan. Gaduh dan baik. Itulah kami. Tanpa menyimpan perasaan pada satu sama lain. Bila saya kenang semula semua itu berlaku kurang lebih 15 ke 20 tahun lepas. 

Tempoh umur kita bertambah saban tahun. Pengalaman demi pengalaman kita akan tempuhi. Jalan kita pilih untuk hidup juga berbeza. Ada yang jalan hidupnya mudah sahaja. Dari lahir diberi kemudahan, pergi ke sekolah rendah menengah dan sambung ke Universiti. Selepas graduasi dapat pekerjaan dan kemudian berkahwin dan dapat zuriat. Sedikit demi sedikit meningkat tahap hidup anak membesar memulakan cycle yang sama seperti ibu ayah dan it goes on for genarations. Sebahagian yang lain rezeki mereka berubah mengikut tahap umur dan kecekalan hidup. Ada yang dibesarkan susah. Nak belajar pun susah dan kemudian memilih untuk bekerja bagi kelansungan hidup. Dengan tekad usaha dapat menyambung pengajian atau dapat peluang kerja baik dan beroleh merubah masa hadapan keluarga. Ada juga yang umurnya singkat saat lahir telah pergi menghadap ilahi. 

Jadi apa ada dengan umur? Adakah umur penentu segala sesuatu dalam kehidupan? Adakah umur menjadi penghalang? Semua ini salah umur kamu. Eh.... Tidak.. Penghalang adalah undang-undang yang manusia tetapkan. Sebagai contoh  : Eh awak tak boleh buat macam tu, awak belum cukup umur. Amboi awak ingat awak kecil lagi nak buat perangai macam tu? Hoi kau ingat kau tu siapa? Umur baru setahun jagung dah berlagak dan banyak lagi contoh yang boleh dilihat dan difaham serta diguna. Tak percaya pergi google atau youtube cerita melayu. 

Berbalik kepada isu UMUR, saya berpendapat UMUR adalah cumaan nombor dan ia perlu diukur oleh tuan/puan punya diri. Kerana hanya kita sahaja yang faham dan hidup mengemudi diri kita. Akan tetapi, jangan sampai tidak punya penunjuk suluh dalam mengemudi. Yang utama adalah Allah dan Rasul itu pasti. Kemudian carilah yang paling rapat dengan apa yang ingin kita capai dan dapatkan dalam hidup. Dalam hidup kita akan jumpa banyak jenis penunjuk dan pemberi ajar hidup. Kita tak mungkin dapat segalanya yang baik tapi kita boleh usaha jadi yang terbaik. Andai ada waktu kita rasa hanyut, tarik balik diri kita dengan paksikan pada yang 2 utama saya sebutkan yang awal, ALLAH dan Rasul. Kita dibekalkan dengan kitap suci Al Quran yang didalamnya ada penuh hikmah dan pengajaran. Berpegang pada itu. 

Ada juga yang bertanya, kakak macam mana kita nak tahu kita live life to the fullest? Jawapan dia berbeza dari satu orang ke satu orang yang lain. Yang pasti kita akan rasa ketenangan dan kejayaan. Kita tidak tahu bila kita akan tinggalkan dunia ini tapi yang pasti kita tahu kita sedang hidup pada ketika ini. Kita boleh merancang tapi Allah akan dan telah menentukan. Kenapa akak cakap telah? sebab telah ditetapkan sedari luh mahfuz jalan hidup kita. Berapa lama akan hidup, bagaimana jalan hidup dan kita akan lalui apa yang telah ditentukan. Yang berbeza cara kita merasai dan mengemudi. Bayangkan kita hidup hanya risaukan perkara yang kita tidak dapat kawal? Sedangkan banyak lagi benda lain yang kita boleh buat? Ataupun kita hidup hanya memikirkan tentang orang lain tapi tidak fikir lansung tentang diri sendiri? 

Jawapannya saya akan jawab pada POST akan datang. 

Saya baru mula semester baru tahun kedua. Mohon kirimkan doa buat saya. 

Terima kasih. 


Comments

Popular Posts