Mula Cerita



Saya ini sebenarnya tidak pandai untuk menulis. Mahupun mereka cerita dalam bentuk penulisan. Juga dengan percakapan. Kerana saya percaya kita itu bertanggungjawab terhadap kata atau nukilan yang kita buat. Setiap patah, juga sekiranya ada berbunyi didalam hati. Saya juga seorang yang percaya kata-kata itu adalah doa. Sebaiknya yang keluar dari mulut dan akal sepatutnya yang baik sahaja supaya inshaAllah baik pengakhirannya. Terkadang ada juga waktu pabila saya terkeluarkan kata-kata kesat dan biadap (astaghfirullah). Ini berlaku bila emosi mempengaruhi akal. Semua manusia ada saat itu. Cumanya yang saya pelajari sekarang adalah untuk berkata-kata dengan cara yang baik. Diam bila beremosi. Bukan simpan dalam tapi tunggu lega untuk meluahkan rasa. Kadang tu tak mudah dan payah rasanya tapi saya pasti itu lebih baik dan diam itu lebih baik dari berkata-kata apabila kita sedang marah. Oh ye tambahan lagi satu untuk cepatkan proses tenang diwaktu emosi adalah dengan zikrullah. Paling baik adalah ASTAGHFIRULLAH AL AZIM ataupun LAILAHA ILLA ALLAHU WAHDAHU LA SYARIKALAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHYI WAYUMITU WAHUWA ALA KULLI SYA'IN KODIR . Ini dua zikir penenang yang saya selalu baca. Moga bermanfaat dan diamalkan inshaAllah. 


Saat saya sedang menulis post ini hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi. Saya suka mendengar bunyi air hujan yang turun membasahi bumi. Segar dan nyaman bunyinya. Anda pula bagaimana? Pasti ada juga yang berkongsi rasa dan minat mendengar bunyi hujan. Dalam rintik hujan itu ada banyak kisah. Suka dan duka. Tangis dan Tawa. Umum menganggap hujan itu selalu dikaitkan dengan syahdu serta suasana sedih. Ya tidak dapat disangkal fakta itu. Akan tetapi saya punya lagi satu rasa mengenai hujan iaitu rahmat. Rahmat Allah pada kita. Kerana apa? Kerana diturunkan hujan untuk memberi ketenangan, kesejukan, kedamaian dan menghentikan kegusaran serta kekalutan. Kita ini selalu sibuk dengan aktiviti harian, kesana kesini tanpa mengambil masa rehat seketika tetapi hujan hadir sebagai rahmat memberi ruang untuk rehat. Walaupun sebelum dapat rehat itu kalut jugalah sebab nak selamatkan diri dari basah. Betul tak? 


Untuk memulakan sesuatu mestilah tidak mudah dan payah. Akan tetapi langkah pertama itu penting kerana itu akan menjadi titik perubahan untuk mengubah. Tidak mudah tetapi boleh dilakukan. Langkah pertama yang penting. Payah dan payah. Bisikan syaitan. Bisikan kawan. Bisikan keluarga. Yang paling utama bisikan diri pada diri selalu dijadikan alasan untuk tidak bergerak atau terbantut langkah. Hilangkan semua itu dengan kekuatan dan azam yang tinggi. Percayalah dalam setiap kesusahan ada kesenangan. Dan diulang lagi setiap kesusahan ada kesenangan. Begitulah dinyatakan oleh Allah. Dalam menggapai sesuatu yang kita mahukan memang perlu payah dan memang perlu diuji baru kita appreciate. Ok dah macam ceramah motivasi. Again, this is the truth and this is my way of talking to myself. Tak salah jadi optimis kerana hidup ini singkat untuk bersedih dan pessimist. 


Jauh mula cerita saya ini. Jadinya blog ini saya ingin jadikan medium saya berkongsi rasa dan minat. Konsepnya santai dan chill. Dalam pada masa yang sama masih lagi mengetengahkan konsep ada isi. Taknaklah kosong je tak berisi kan. Saya akan kongsi apa yang satu tahu dan kalau ia memberi manfaat alhamdulillah. Peringatan dan perkongsian disini adalah untuk saya juga dikongsikan untuk semua. Sebagai manusia kita ini makhluk yang senang lupa. Harapnya ruang ini menjadi medium mengingatkan kembali dan juga simpanan memori. Agar satu hari nanti saya harap anak saya, cucu, cicit dan piut saya akan terjumpa blog ini! Nenek kamu awesome tahu. Apapun. Saya harap dapat istiqomah dalam menulis dan terus menerus menyebarkan positivity serta optimist.! 


Akhir kata, cerita mula dengan lafaz BISMILLAHIRAHMANIRAHIM. 


Rindu pada view ini



Comments

Popular Posts